SEJARAH  PEJABAT MARA WASHINGTON D.C.
 
Jabatan Penuntut Malaysia Amerika Syarikat telah ditubuhkan pada tahun 1974 dibawah naungan Kedutaan Besar Malaysia, Washington, D.C.. Pada tahun 1982, Jabatan ini telah diperluaskan dengan pembukaan dua buah pejabat wilayah iaitu: Los Angeles dan Chicago.  Pada tahun 1998, semua Jabatan Penuntut Malaysia secara amnya telah dikecilkan.  Ini termasuklah Jabatan Penuntut Malaysia di Amerika Syarikat.  Pengecilan ini adalah selaras dengan pengurangan penghantaran pelajar tajaan ke Amerika.
 
 
Latar Belakang
 
Secara am Amerika Syarikat di bahagikan kepada 7 Wilayah seperti berikut:

i. New England States: Connecticut, Maine, Massachusetts, New Hampshire, Rhode Island, Vermont
ii.New Atlantic States: New Jersey, New York, Pennsylvania
iii.Southern States: Alabama, Arkansas, Delaware, Florida, Georgia, Kentucky, Louisiana, Maryland, Mississippi, North Carolina, South Carolina, Tennessee, Virginia, West Virginia
iv.Mid Western States: Illinois, Indiana, Iowa, Kansas, Michigan, Minnesota, Missouri, Nebraska, North Dakota, Ohio, South Dakota, Wisconsin
v.Rocky Mountain States: Colorado, Idaho, Montana, Nevada, Utah, Wyoming
vi.South Western States: Arizona, New Mexico, Oklahoma, Texas
vii.Pacific Coast States: Alaska, California, Hawaii, Oregon, Washington
 
Jabatan Penuntut Malaysia Washington D.C. (seterusnya JPMWDC) mengawasi 27 negeri dibawah Wilayah Timur yang di antaranya terletak di New England States, Mid Atlantic States,  dan Southern States dan Caribbean Islands.